Wednesday, November 21, 2012

Pelan Takaful Haji & Umrah i-Great Amal






Assalam...

Kali ini saya ingin memperkenalkan satu pelan pelaburan dari Great Eastern Takaful yang diberi nama
 i-Great Amal atau pun Takaful Haji & Umrah.

Seperti kita sedia maklum pada masa kini hanya ada satu Tabung sahaja yang membolehkan kita menyimpan simpanan kita untuk pergi menunaikan Haji. Great Eastern Takaful telah memperkenalkan satu pelan pelaburan Haji & Umrah yang dinamakan i-Great Amal.

Di antara kelebihan-kelebihan pelan pelaburan i-Great Amal ini berbanding simpanan anda di Tabung Haji ialah:

1) Tunai untuk mengerjakan Haji / Umrah sebanyak RM800-RM2000 berbanding simpanan anda di Tabung Haji tidak mendapat sebarang duit tunai.

2) Manfaat Adha (korban) RM500 manakala simpanan di Tabung Haji tidak ada menyediakan manfaat adha (korban)

3) Badal Haji berjumlah RM3000 jika berlaku kematian/lumpuh berbanding Tabung Haji tidak ada menyediakan kemudahan ini.

4) Keuntungan pelaburan

5) Khairat kematian sebanyak RM2000 manakala Tabung Haji tidak ada menyediakan khairat kematian kepada pelaburnya.

6) Pelepasan cukai adalah diberikan kepada pelabur i-Great Amal tetapi tidak kepada pelabur Tabung Haji


Jadi cuba kita bayangkan banyak benefit yang kita boleh dapat daripada pelaburan i-Great Amal ini dengan hanya melabur serendah RM50 sahaja.

Apa tunggu lagi? Segeralah anda merebut peluang ini dengan membuat pelaburan i-Great Amal. Untuk maklumat lanjut silalah tinggalkan nama anda dan email anda untuk saya hubungi.

Sila klik sini untuk maklumat lebih lanjut.



Tuesday, November 20, 2012

Kenapa Kita Perlu Melabur Dalam Takaful?







Assalam...

Dalam entri saya kali ni saya ingin berkongsi satu ilmu tentang pelaburan. Kenapa kita perlu membuat pelaburan?

Pelaburan adalah salah satu instrument yang dapat membantu kita ketika kita sudah sampai ke penghujung kerjaya kita atau lebih tepat lagi hari tua kita atau pun tempoh persaraan. Pelaburan inilah yang akan dapat membantu kita membiayai kehidupan kita setelah kita bersara. Kita jangan ingat yang wang simpanan KWSP kita sudah cukup memadai untuk menampung kehidupan kita selepas kita bersara.

Kos Sara Hidup dan Inflasi

*Kos sara hidup di bandar kini semakin meningkat. Menurut kajian kos sara hidup bandar telah meningkat sebanyak 6%.

*Jika pada masa kini kita berbelanja sebanyak RM20 sehari mungkin pada 20 tahun akan datang menjadi RM64  dalam tempoh 20 tahun.

*Wang simpanan KWSP anda yang bernilai RM500,000 pada masa persaraan anda mungkin hanya mempunyai kuasa membeli sebanyak RM145,053 dalam masa 20 tahun akan datang kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.

*Tahukah anda yang kadar inflasi perubatan meningkat sebanyak 15% setahun.


Cuba anda bayangkan setipa pesakit yang mempunyai penyakit kanser memerlukan rawatan sebanyak RM40,000 sehingga RM300,000 untuk mendapatkan rawatan yang sesuai bagi mengubati penyakit kanser.

Jadi sudah tiba masanya kita membuat pelaburan untuk kepentingan perubatan kita dan keluarga kita. Dengan membuat pelaburan serendah RM100 kita dapat menampung kos perubatan kita sehingga RM960,000 sehingga kita meninggal dunia.

Plan perubatan Takaful Great Eastern membolehkan anda memiliki sebuah Kad Perubatan (Medical Card) yang bernilai RM960,000 dengan pelaburan serendah RM100.

Jika anda berminat untuk membuat pelaburan ini bolehlah tinggalkan komen berserta nama penuh dan no. kad pengenalan anda supaya saya boleh menyediakan proposal untuk anda.



Monday, November 19, 2012

Perlindungan Takaful Perubatan Great Eastern







Assalam...

Sudahkah anda  memiliki kad perubatan (Medical Card) untuk pelindungan diri anda atau keluarga anda? Anda mungkin sedia maklum bahawa kos perubatan pada masa kini adalah terlalu tinggi dan terlalu sedikit orang yang menyimpan (saving ) untuk diri sendiri atau keluarga sebagai persediaan jika berlaku kemalangan pada diri mereka atau keluarga mereka.

Apa maksud Takaful?

Takaful merupakan konsep Syariah iaitu  saling bantu-membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan.


Takaful Great Eastern menyediakan satu plan  perlindungan perubatan (Medical Card) yang amat menarik buat anda dan keluarga anda yang diberi nama i Medik.

i Medik

i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Kelebihan i Medik

1. Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih,
tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak
RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1,600,000. Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik
Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% dari had tahunan asal pada akhir setiap 3 tahun sijil
jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang
meningkat.

Perhatikan contoh di bawah…

Johan merupakan lelaki berumur 30 tahun yang memilih pelan i-M100 dengan had tahunan permulaan
sebanyak RM60,000 dan had seumur hidup sebanyak RM480,000. Dalam 3 tahun sijil pertama, dia tidak
membuat sebarang tuntutan dan had tahunan meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM66,000.
Dalam 3 tahun sijil berikutnya, dia membuat 2 tuntutan dan had tahunan kekal sebanyak RM66,000.
Dalam 3 tahun sijil berikutnya, tiada tuntutan dibuat dan had tahunan dinaikkan sebanyak RM6,000
kepada RM72,000.


2. Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif

Urusan kemasukkan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan.
Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser
Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan
Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

3. Lindungi Orang Tersayang
Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku
kematian akibat kemalangan.

4. Membantu Pemulihan Anda

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil
jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

5. Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun hari lahir berikutnya layak memohon i-Medik Rider
dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari lahir berikutnya. Walau bagaimanapun,
bagi i-M100 dan i-M150, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun hari lahir berikutnya.

6. Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara
Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan
bantuan

7.  Nikmati Pelepasan Cukai

Manfaat yang diterima daripada i-Medik Rider secara umumnya tidak dikenakan cukai dan caruman yang
dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai.  kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Sekiranya anda memerlukan bantuan bolehlah tinggalkan alamat email anda atau nombor telefon anda untuk saya hubungi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan quotation sila tinggalkan no kad pengenalan anda dan alamat email anda supaya saya boleh mengirimkan quotation anda. Untuk maklumat lanjut sila klik link ini http://www.i-great.com/i-great/pdf/products/iMedik%20Rider.pdf