Tuesday, November 20, 2012

Kenapa Kita Perlu Melabur Dalam Takaful?







Assalam...

Dalam entri saya kali ni saya ingin berkongsi satu ilmu tentang pelaburan. Kenapa kita perlu membuat pelaburan?

Pelaburan adalah salah satu instrument yang dapat membantu kita ketika kita sudah sampai ke penghujung kerjaya kita atau lebih tepat lagi hari tua kita atau pun tempoh persaraan. Pelaburan inilah yang akan dapat membantu kita membiayai kehidupan kita setelah kita bersara. Kita jangan ingat yang wang simpanan KWSP kita sudah cukup memadai untuk menampung kehidupan kita selepas kita bersara.

Kos Sara Hidup dan Inflasi

*Kos sara hidup di bandar kini semakin meningkat. Menurut kajian kos sara hidup bandar telah meningkat sebanyak 6%.

*Jika pada masa kini kita berbelanja sebanyak RM20 sehari mungkin pada 20 tahun akan datang menjadi RM64  dalam tempoh 20 tahun.

*Wang simpanan KWSP anda yang bernilai RM500,000 pada masa persaraan anda mungkin hanya mempunyai kuasa membeli sebanyak RM145,053 dalam masa 20 tahun akan datang kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.

*Tahukah anda yang kadar inflasi perubatan meningkat sebanyak 15% setahun.


Cuba anda bayangkan setipa pesakit yang mempunyai penyakit kanser memerlukan rawatan sebanyak RM40,000 sehingga RM300,000 untuk mendapatkan rawatan yang sesuai bagi mengubati penyakit kanser.

Jadi sudah tiba masanya kita membuat pelaburan untuk kepentingan perubatan kita dan keluarga kita. Dengan membuat pelaburan serendah RM100 kita dapat menampung kos perubatan kita sehingga RM960,000 sehingga kita meninggal dunia.

Plan perubatan Takaful Great Eastern membolehkan anda memiliki sebuah Kad Perubatan (Medical Card) yang bernilai RM960,000 dengan pelaburan serendah RM100.

Jika anda berminat untuk membuat pelaburan ini bolehlah tinggalkan komen berserta nama penuh dan no. kad pengenalan anda supaya saya boleh menyediakan proposal untuk anda.



No comments:

Post a Comment