Monday, November 19, 2012

Perlindungan Takaful Perubatan Great Eastern







Assalam...

Sudahkah anda  memiliki kad perubatan (Medical Card) untuk pelindungan diri anda atau keluarga anda? Anda mungkin sedia maklum bahawa kos perubatan pada masa kini adalah terlalu tinggi dan terlalu sedikit orang yang menyimpan (saving ) untuk diri sendiri atau keluarga sebagai persediaan jika berlaku kemalangan pada diri mereka atau keluarga mereka.

Apa maksud Takaful?

Takaful merupakan konsep Syariah iaitu  saling bantu-membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan.


Takaful Great Eastern menyediakan satu plan  perlindungan perubatan (Medical Card) yang amat menarik buat anda dan keluarga anda yang diberi nama i Medik.

i Medik

i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Kelebihan i Medik

1. Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih,
tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak
RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1,600,000. Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik
Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% dari had tahunan asal pada akhir setiap 3 tahun sijil
jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang
meningkat.

Perhatikan contoh di bawah…

Johan merupakan lelaki berumur 30 tahun yang memilih pelan i-M100 dengan had tahunan permulaan
sebanyak RM60,000 dan had seumur hidup sebanyak RM480,000. Dalam 3 tahun sijil pertama, dia tidak
membuat sebarang tuntutan dan had tahunan meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM66,000.
Dalam 3 tahun sijil berikutnya, dia membuat 2 tuntutan dan had tahunan kekal sebanyak RM66,000.
Dalam 3 tahun sijil berikutnya, tiada tuntutan dibuat dan had tahunan dinaikkan sebanyak RM6,000
kepada RM72,000.


2. Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif

Urusan kemasukkan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan.
Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser
Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan
Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

3. Lindungi Orang Tersayang
Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku
kematian akibat kemalangan.

4. Membantu Pemulihan Anda

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil
jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

5. Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 65 tahun hari lahir berikutnya layak memohon i-Medik Rider
dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari lahir berikutnya. Walau bagaimanapun,
bagi i-M100 dan i-M150, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun hari lahir berikutnya.

6. Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara
Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan
bantuan

7.  Nikmati Pelepasan Cukai

Manfaat yang diterima daripada i-Medik Rider secara umumnya tidak dikenakan cukai dan caruman yang
dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai.  kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Sekiranya anda memerlukan bantuan bolehlah tinggalkan alamat email anda atau nombor telefon anda untuk saya hubungi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan quotation sila tinggalkan no kad pengenalan anda dan alamat email anda supaya saya boleh mengirimkan quotation anda. Untuk maklumat lanjut sila klik link ini http://www.i-great.com/i-great/pdf/products/iMedik%20Rider.pdf



1 comment: